NADI – MAHIR: Baiki Gadjet (Short Learning Series) – “Jaga Bateri, Panjang Umur Gadjet Kita.”

5 September 2025 | Aktiviti Terkini

4 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir Short Learning Series (SLS). Sesi yang berlangsung dari 10.40 pagi hingga 11.10 pagi ini dikendalikan oleh Cikgu Que, seorang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang baik pulih gajet. Seorang peserta telah menyertai kelas SLS ini.

Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan ilmu asas mengenai cara membuka, mendiagnos dan memasang bateri telefon pintar (Android). Antara pengisian menarik ialah teknik membuka casing telefon dengan selamat, mengenal pasti kerosakan bateri, serta langkah menggantikan bateri baharu dengan betul.

Kelas ini memberi manfaat besar kepada peserta kerana ia membantu mereka lebih memahami kepentingan penjagaan bateri bagi memanjangkan jangka hayat gajet. Selain itu, ilmu ini juga boleh dijadikan kemahiran asas yang berguna dalam kehidupan seharian.

Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali